Squidoo - Setahun Punyer Income

By zGreat on Thursday, October 23, 2008

Filed Under: ,

Salam semua,

Aku start register ngan Squidoo tak silap aku pada bulan Disember 2006. Tapi setakat register jer lah. Lepas register aku "perapkan" jer akaun aku tu. Aku sibuk kat projek online yg lain.

Pada satu hari aku surf internet (tak ingat bila - pertengahan tahun 2007), aku terbaca satu post kat blog orang pasal macam mana nak generate income dengan Squidoo. So, start dari tu aku pun startlah buat satu persatu Squidoo lens sehingga lah yang ada sekarang nie.

Income pertama yang aku terima ialah sebanyak $36.44 iaitu pada bulan Ogos 2007. Oklah tu... So dengan pembayaran komisen dari Squidoo yg baru-baru nie maka genaplah setahun aku terima pendapatan dari Squidoo.



Squidoo - Setahun Punyer IncomeIncome meningkat dengan mendadak pada bulan Disember 07 kerana sambutan Krismas, pastu pada bulan Februari kerana sambutan Valentine Day. Banyak lagi event-event yang aku tak take advantage sebagai contoh: Halloween, Boxing Day , cuti musim panas dan musim naik sekolah dan universiti kat USA. Besar kemungkinan tahun depan aku akan cuba memanfaatkan diaorang nie punyer cuti-cuti umum.

Kat USA ada 4 musim, so kita boleh fokus jual pakaian untuk musim sejuk, musim panas dan musim yg lain. Buat satu lens untuk fokus satu trend fesyen terkini ke, seluar jeans ke...macam-macam lah.

Ok kita sambung lain kali...semoga korang semua success hendaknya. Amin

p/s: kalau korang tanya duit $1,936.64 tu mana...aku pun tak tau. Dah habis aku withdraw buat beli lauk-pauk. ^_^ Tapi benda yg aku beli ngan duit Squidoo dan ada lagi sampai sekarang ialah sebijik komputer (desktop) ngan USB Modem (Celcom BlueCube)

4 comments for this post

huhu..hebat..leh belu desktop satu..nak join gk r..

Posted on October 27, 2008 at 11:22 AM  

Ini kali ke 2 aku jumpa mamat Malaysia yang buat duit dgn squiido..
dulu tahun 2006 ada seorang otai dalam forum USDOTA yang pernah menang cabaran squiido. Tapi tak sempat belajar.. dia dah retire dari dunia online

http://mohdzaki.com

Posted on October 29, 2008 at 11:42 PM  

ye lah en zaki,aku pun tau mengenai squidoo nie kat USDOTA tulah...

aku tak pasti lak...dia ader ajar online pasal squidoo nie ke tak ...

tp, yg pasti masa tu.. dia byk gak wat kelas/kursus untuk sape2 yg nak cari income online.

sekrg ni website tupun dah takde .. mane die gi ek..?

Posted on October 30, 2008 at 12:38 AM  

zgreat..
saya rase diorg dah tak terlibat dengan business online lagi. Mungkin buat business lain kot. Pertanian ker apa? Memang forum usdota tu telah ditutup. Tulah forum internet pertama yg saya mula2 join

Posted on November 9, 2008 at 5:07 PM