40 Jutawan Malaysia

By zGreat on Friday, May 30, 2008

comments (0)

Filed Under:

40 Jutawan Malaysia mengikut majalah Forbes

1. Robert Kuok USD 10 billion, 84, married, 8 children.Kuok Group, Pacific Carriers Ltd, Transmile Group, Wilmar International

2. Ananda Krishnan USD 7.2 billion, 70, married, 3 children. Maxis Comminications, Aircel Ltd, Astro All Asia Networks

3. Lee Shin Cheng USD 5.5 billion, 69, married, 6 children. IOI Group

4. Teh Hong Piow USD 3.5 billion, 78, married, 4 children. Public Bank

5. Lee Kim Hua & family USD 3.4 billion, 79, widow, 6 children. Genting Group

6. Quek Leng Chan USD 2.4 billion, 67, married, 3 children. Hong Leong Group, Guoco Group, Rank Group

7. Yeoh Tiong Lay and family USD 2.1 billion, 78, widow, 7 children. YTL Corporation

8. Syed Mokhtar AlBukhary USD 1.8 billion, 56, married, 5 children. Malaysia Mining Corporation (MMC), Malaysia Johor Port, Malakoff, Gas Malaysia

9. Vincent Tan USD 1.3 billion, 56, married, 11 children. Berjaya Group

10. Tiong Hiew King USD 1.1 billion, 78, married, 4 children. Rimbunan Hijau Group, Tri-M Technologies

11. Azman Hashim USD 700 million, 68, married, 5 children. AMCorp Group, Ambank

12. William H. J. Cheng USD 660 million, 65, married, 3 children. Lion Group

13. Lee Swee Eng USD 495 million, 52, married. KNM Group

14. Ong Beng Seng USD 470 million, 63, married, 2 children. Hotel Properties Ltd, Natsteel

15. Lim Kok Thay USD 345 million, 56, married, 3 children. Genting Group, Star Cruises. Alliance Global

16. Vinod Sekhar USD 320 million, 40, married, 2 children. Petra Group, Green Rubber Global

17. Lee Oi Hian USD 300 million, 57, married, 4 children. Kuala Lumpur Kepong, Crabtree & Evelyn

18. Yaw Teck Seng USD 295 million, 70, married. Samling Group

19. Anthony Fernandes USD 290 million, 44, married. AirAsia, Tune Hotel, AirAsia X

20. Mokhzani Mahathir USD 285 million, 47, married, 5 children. Kencana

21. Kamarudin Meranun USD 280 million, 47, married, 5 children. AirAsia, Tune Hotel, AirAsia X

22. Jeffrey Cheah USD 275 million, 63, married, 3 children. Sunway Group

23. Lee Hau Hian USD 250 million, 55, married, 1 children. Batu Kawan, Kuala Lumpur Kepong

24. Chong Chook Yew USD 245 million, 86, widow, 4 children. Selangor Properties

25. Yaw Chee Ming USD 240 million, 49, married. Samling Group

26. G. Gnanalingam USD 230 million, 63, married, 3 children. Westports

27. Lim Wee Chai USD 200 million, 50, married, 2 children. Top Glove

28. Kua Sian Kooi USD 195 million, 55, married, 4 children. Kurnia Asia

29. Lau Cho Kun USD 185 million, 72, married. Gek Poh Holding, Malaysian Mosaics, Hap Seng

30. Abdul Hamed Sepawi USD 180 million, 58, married, 2 children.Ta Ann

31. David Law Tien Seng USD 165 million. Midwest, Sinosteel, T.S.Law Holding

32. Tiah Thee Kian USD 163 million, 61, married, 5 children. TA Enterprise

33. Liew Kee Sin USD 160 million, 50, married, 4 children. SP Setia

34. Ahmayuddin Ahmad USD 155 million, 51, married, 4 children.Westports, Pelikan

35. Eleena Azlan Shah USD 150 million, 48, married. Gamuda

36. Lin Yun Ling USD 145 million, 53, married, 2 children. Gamuda

37. Ong Leong Huat USD 130 million, 64, married, 4 children.OSK Group

38. Lim Thian Kiat USD 115 million, 50, divorced. Former head of conglomerate Multi-Purpose

39. Khoo Kay Peng USD 110 million, 69. MUI, Laura Ashley

40. Nazir Razak USD 100 million, 41, married. CIMB, Bumiputra Commerce Holdings

Kisah Remaja Belasan Tahun Berjaya dalam AdSense

By zGreat on Sunday, April 20, 2008

comments (0)

Filed Under: ,

email dari Zafran, http://flarebiz.com/ untuk dikongsi bersama..

Bahagian 1:

Baiklah saya ingin berkongsi 2 buah cerita kejayaan remaja belasan
tahun dalam program Google AdSense. Memandangkan anda adalah pembaca
Majalah IM...anda mungkin tahu apa itu Google AdSense bukan?

Baiklah di bawah ialah kisah 1:

seorang remaja dari India yang sama umur dan sama pendapatan dengan
saya ho ho ho!. Beliau bernama Thilak Raj Ra daripada India dan
merupakan seorang blogger yang berjaya. Beliau mendapat pendapatan
$3000 sebulan daripada Google AdSense, tempahan iklan dan sebagainya.

Beliau mendapat pendapatan pertama beliau pada 7 November 2006
sebanyak $287 daripada Google AdSense. Pada Mac pula pendapatan
beliau ialah $3204! Pendapatan $3000 di India adalah satu pendapatan
yang cukup tinggi kerana engineer yang bekerja untuk IT company di
sana hanya mendapat pendapatan averange $600 - $800 sebulan!

Formula yang beliau guna dalam kehidupan ialah "Patience + Passion
= Lots of Money".
Beliau menjadi seorang blogger yang berjaya setelah
7 bulan blogging secara konsisten. Blog beliau ialah tech-buzz.net dan
anda tentu boleh belajar sesuatu daripada blog beliau tersebut.

Saya pernah berbalas emel dengan beliau dan beliau juga seorang yang
bagus melayan karenah pelawat blog beliau kerana saya banyak tanyakan
beliau pelbagai soalan. Hehe saya berharap post kali ini juga dapat
menaikkan semangat anda untuk terus membuat duit melalui Internet."

Bahagian 2 :

Baiklah ini merupakan sambungan kisah penggiat adsense yang berjaya. Namun kisah kali ini akan lebih menarik kerana budak ini berjayamembuat $70,000 sebulan!

Baca kisah beliau: Beliau berumur 17 thn tapi pendapatan $70 ribu($ yer bukan RM) sebulan.

Beliau bernama Ashley Qualls yang menjana pendapatan $70,000 setiap bulan daripada Internet. Tengok ini bukti sekali lagi bahawa Internet memang boleh buat duit!

Beliau membina laman web yang menyediakan myspace layout untuk digunakan oleh para remaja yang ingin myspace profile mereka kelihatan cantik.

Income utama beliau adalah daripada Google AdSense dan mendapat cek pertama bernilai $2,790! Seterusnya beliau juga menolak tawaran beberapa pihak yang ingin membeli website mereka dengan harga $1.5 million!

Nampaknya beliau kini merupakan jutawan dalam umur belasan tahun. Baiklah namun kita perlu ingat dalam mengejar dunia kita perlu melihat orang yang bawah pada kita namun jika kita mengejarkan ibadat kita perlu lihat orang yang jauh lebih alim daripada kita. Sebagai orang Islam kita perlu yakin yang dunia ini hanya sementara dan hanyalah sekadar persinggahan. Nampaknya saya perlu bekerja keras lagi dan biarlah sekurang-kurangnya mampu memperoleh RM70k sebulan nanti!".

Anda bolehlah melanggan Majalah IM secara percuma di sini http://majalahim.com/ untuk menerima pelbagai tips-tips perniagaan internet.

Info tambahan..

Ashley Qualls (born July 1990)is an entrepreneur from Detroit, Michigan. Originally as a hobby, in 2004 at age 14, she started a website called whateverlife.com, designed to provide free Myspace layouts and HTML tutorials for people in her age demographic, and supported entirely by advertising revenue. The website receives several times more traffic than circulations for popular teen magazines Seventeen, Teen Vogue, and CosmoGirl! combined .

In September 2006 she paid cash for a $250,000 home in a fenced-off subdivision in the community of Southgate, a couple of blocks removed from Dix Highway,. She lives there with her mother Linda LaBreque(42),younger sister Shelby(1999); as well as three cats; two turtles; a rottweiler; a hamster; and a fish. On September 5, 2007, she obtained legal emancipation, giving her the same legal status as adults.

The basement of the home is her office. In addition to employing her mother she employs friends from school. Bre Newby is her right hand lady; and other employees include Shayna Bone and Jen Carey.

Jutawan papa

By zGreat on Sunday, March 09, 2008

comments (0)

Filed Under:

LONDON: Yvonne Lawrence, 30, masih tersenyum meskipun beliau kini papa kedana, setelah sembilan tahun hidup dalam serba kemewahan selepas menang loteri RM9.46 juta.“Saya kini lebih gembira,” dakwa Yvonne yang hilang segala kekayaannya akibat gaya hidup mewah dan juga pelaburan yang merugikan.

Hakikatnya, jika wang kemenangan daripada tiket 8, 11, 25, 46 dan 47 itu tidak dibelanjakan dan disimpan di bank, Yvonne bakal memperoleh wang faedah RM570,600 setahun dan hidup selesa. Kini, wangnya habis dan bekas kakitangan panggung wayang yang berpendapatan RM57,000 setahun itu kini terpaksa mencari kerja, mungkin kerja di pejabat.

Keluarganya kini bergantung kepada pendapatan suaminya, Nathan yang bekerja sebagai pengimpal. Baru-baru ini mereka terpaksa menjual rumah semi-d serta kereta sport berharga RM228,000 untuk membeli apartmen dua bilik dan kereta Peugeot 307 bernilai hanya RM38,000.

“Saya melalui tempoh paling menarik dalam hidup, tapi kini saya kembali normal. Saya kini mungkin tidak berwang, tapi saya tak kesal. Yang penting, saya sihat dan kini kami memiliki tiga anak yang baik. Malah, ada kalanya saya gembira kami tidak lagi kaya.“Sememangnya saya suka hidup mewah tapi tanpa wang, anak saya pasti lebih menghargai hidup,” kata ibu kepada seorang anak perempuan berusia enam tahun dan pasangan kembar lelaki, dua tahun itu.

Yvonne menang hadiah loteri itu ketika berusia 21 tahun dan dalam tempoh enam bulan pertama, beliau pergi membeli-belah setiap hari.“Saya beli apa saja, pergi bercuti dengan empat rakan selama dua minggu di Florida dan Bahamas. Saya juga belanja empat rakan saya untuk membeli-belah di New York dan membawa ibu ke Disneyland, Paris.“Saya tak perlu lagi kerja, membeli apartmen empat bilik berharga RM1.6 juta dan sebuah kereta Volkswagen Golf. Saya membelanjakan RM234,700 untuk membeli kereta Jeep Cherokee dan RM228,400 untuk membeli kereta Mercedes SLK.”

Yvonne menderma sebahagian wang kemenangannya, sejumlah RM317,100 setiap seorang untuk ibu dan bapanya yang bercerai dan RM507,650 untuk adik lelakinya, Darren.

Demi melindungi wang kemenangannya, Yvonne turut melabur dalam saham atas nasihat pakar. Semuanya berjalan lancar hinggalah 11 September 2001. Serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC), New York yang menyebabkan pasaran saham dunia merudum merugikan Yvonne sekali gus memaksa beliau menjual sahamnya.

“Saya takut hilang semua wang saya, menyebabkan saya menjual saham. Saya rugi RM634,350 tapi wang yang saya peroleh kembali saya labur di tempat lain,” katanya. Beliau membelanjakan RM2.54 juta untuk membeli tiga apartmen di bandar kelahiran Nathan, Gosport, Hants, tapi pasaran hartanah yang merudum menyebabkan beliau kerugian lagi.

Awal tahun ini, Yvonne terpaksa menjual sebuah apartmen dengan harga hanya RM920,000, kurang RM254,000 daripada harga yang dibelinya. Beliau turut hilang RM63,450 apabila penyewanya lesap begitu saja.“Saya tidak boleh buat apa-apa, tapi belajar daripada pengalaman itu,” katanya.

Pada 2002, Yvonne rugi besar apabila bersetuju memenuhi permintaan Nathan menjadi pemain hoki ais profesional di Kanada. Selepas membelanjakan RM63,450 untuk majlis kahwin, mereka terus berhijrah ke Kanada.“Beliau menjalani kem latihan dan kami menyewa sebuah rumah dan membeli banyak perabot. Ada di antaranya terpaksa kami tinggalkan selepas hasrat Nathan tidak tercapai.

“Apapun saya puas hati kerana sekurang-kurangnya Nathan mencuba sedaya upaya. Beliau masih lagi bermain di sini, tapi dalam liga lebih rendah,” katanya. Pada 2004, Yvonne dan Nathan melabur RM3.18 juta untuk menguruskan sebuah gimnasium.“Kami sekeluarga berpindah ke Gosport pada masa itu. Sebahagian besar wang kami dilabur dalam hartanah dan kami ingin sesuatu yang menghasilkan wang. Nathan berasakan bisnes gimnasium peluang terbaik.“Meskipun tak pasti, saya menurut kehendak Nathan kerana dia bersungguh-sungguh. Pada mulanya, semua berjalan lancar dan kami memiliki 700 ahli. Namun, kos tinggi menyebabkan kami tidak mampu untuk terus beroperasi.”Awal bulan ini, gimnasium itu terpaksa ditutup dan Yvonne mengaku melakukan kesilapan kerana tidak memperoleh nasihat terbaik sebelum melabur wangnya.

"Kini saya terpaksa mencari kerja. Meskipun sukar, saya perlu meneruskan hidup untuk membesarkan anak saya. Saya kini mungkin tidak hidup mewah, tapi boleh kongsi pengalaman ini dengan anak dan harap mereka belajar daripada pengalaman ini,” katanya.

Gaji pertama hanya RM100

By zGreat on Sunday, February 17, 2008

comments (1)

Filed Under:


Ujang pernah bergelar jutawan tetapi 'diragut' rakan sendiri hingga hilang punca, usung batu nisan


MUNGKIN beliau tidak sehebat Walter Elias Disney yang menghasilkan jenama Walt Disney, namun Ujang atau nama sebenar Ibrahim Mohd Noor pernah membuktikan kartunis tempatan mampu bergelar jutawan bersandarkan hasil karya mereka.


Anak kelahiran Juaseh, Negeri Sembilan, asalnya hanya menerima gaji RM250 ketika mula-mula diterima bekerja dengan majalah Gila-Gila pada 1983, bagaimanapun kreativiti dan keberanian untuk menonjolkan kartun sebagai animasi akhirnya mengubah nasibnya.


Malah kartun juga yang membolehkannya mengembangkan perniagaan membuka 12 syarikat termasuk penerbitan, restoran dan kolam memancing selain mampu menggaji kira-kira 200 pekerja dan meraih gelaran jutawan pada usia genap 30 tahun.


Namun itu semua cerita 10 tahun dulu, kejayaan yang dikecap hasil keringat dan air mata diragut individu kepercayaan hingga Ujang hilang segala-galanya dan terpaksa naik turun mahkamah menagih hak cipta sendiri.


"Inilah kisah saya yang sepatutnya menjadi iktibar kepada semua orang supaya mempatenkan karya sendiri tidak kira pelukis, penulis atau pereka kerana dalam sekelip mata hak kita boleh dinafikan.