Salam sejahtera semua,
Screen biru dah keluar lagi.....sesuatu yang memang ditunggu-tunggu oleh setiap lensmaster setiap awal bulan. Income bulan Februari aku dapat sebanyak $169.65 ~ RM 500 ++. Syukur! Income bulan Februari ada naik sikit sebab diaorang sambut Valentine. Jumlah lens yang mendapat komisen menurun iaitu sebanyak 40 lens sahaja yang dikira.
Komisen tertinggi bulan Februari?
Ni yang malas aku nak cerita nie.... zGreat berjaya menewaskan Hyipwatch kali nie! Dengan lebih separuh income Squidoo bulan Februari diperolehi dari lens yang dibuat oleh zGreat. Paling tinggi komisen ialah $58.00 untuk satu lens. Ini memang tak adil! Jika dibandingkan jumlah visitor memang Hyipwatch yang menang, tapi semua yang datang tu pergi beli barang kat lens zGreat. Takpelah, kira harta sepencarian lah tu. Hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)
|