Lama Tak Nampak?! Ape Citer

By zGreat on Wednesday, April 08, 2009

Filed Under: ,

Salam.


1.) Income Squidoo

Sorry lah aku dah lama tak update blog nie, dah hampir 3 bulan aku tak bercerita pasal Squidoo dan income Squidoo yang aku dapat. Post aku yang terakhir pasal income Squidoo bulan November kan?

Aku tulis jelah kat sini berapa aku dapat dari Squidoo bagi bulan Disember 2008 dan Januari 2009 sebab malas dah nak cari PayPal punyer e-mail;

  • Disember 2008 = $198.32
  • Januari 2009 = $167.31
Sales untuk Krismas 08 memang jauh menjunam berbanding tahun lepas, dan aku jangkakan yang income dari Squidoo nie akan terus jatuh untuk bulan-bulan berikutnya (mungkin sbb kegawatan ekonomi) so aku pun start satu projek baru sempena Awal Muharram bulan Disember hari tu.


2.) eBay

Bermula Awal Muharram hari tu aku start menjadi seorang eBay seller (hijrah) dan aku aplikasikan apa yang Sifu Lan tulis dalam ebook dia (korang cariklah sendiri) setelah aku peram ebook tu selama 2 bulan. Suka pun ada, menyesal pun ada....

Suka sebab - duit masuk lagi cepat dari Squidoo!
Menyesal sebab - kenapalah aku start lambat sangat!

Walau apa pun aku tetap bersyukur atas semua rezeki yang aku dapat dan yang akan dapat (hehehe). Menjadi seorang eBay seller memang amat memenatkan (pada akula), hampir 3 bulan aku tak update kesemua blog aku termasuklah Squidoo lens! Income dari Adsense pun jatuh banyak gak! Sampaikan aku kena tunggu 3 bulan baru cukup $100. Adusss sedih betul.
So, untuk mengatasi kejatuhan ekonomi keluarga kami (hyipwatch dan zGreat) aku kena tambah aset yang ada sekarang. Aset yang aku maksudkan ialah;
  • Line TMnet streamyx (110 bulanan) dan;
  • BenQ JoyBook Lite UIOIW


Dengan adanya tambahan aset yang baru nie, so tak perlulah kami berebut komputer pada waktu malam. Sorang boleh buat eBay, sorang lagi boleh update blog dan Squidoo! Kos pembelian dan maintenance bulanan akan ditanggung sepenuhnya oleh income yang diperolehi dari eBay.

3.) Sales Report
Aku post kat sini sales report (bukan untung bersih) yang telah dikeluarkan untuk bulan Januari dan Februari 2009.




Pada 10 Mac 2009 aku telah bejaya memperolehi status Bronze PowerSeller (Alhamdulillah). Bertambahlah reputasi kami sebagai eBay Seller dan mampu menarik lebih ramai pembeli untuk masa akan datang. Korang bolehlah melawat kat website shahraduan.com, dia pun eBay seller gak.

4.) Apa jadi dengan Squidoo?

Bab Squidoo akan diteruskan ke bahagian Squidoo Expert... aku harap korang takde masalah dengan tahap Basic dan Advance!

0 comments for this post