Tips Squidoo : Aku Sudah Jatuh Cinta

By zGreat on Friday, October 10, 2008

Filed Under:


Di saat ini, saya sebenarnya sedang berfikir-fikir apa post yang perlu saya buat untuk menerangkan dengan lebih jelas lagi untuk pembaca semua tentang squidoo.

Saya teringat pada ketika saya mula-mula ingin menjinakkan diri dengan squidoo. Saya akui jika anda seorang newbie, pastinya 4 steps yang pertama untuk membuat satu lens adalah 4 steps yang paling sukar yang anda pernah jumpa. Biasalah tu, bende baru. Orang tua-tua kata, 'tak kenal maka tak cinta'. Berdasarkan pada prinsip itulah, saya mengenenkan diri dengan squidoo untuk melahirkan rasa cinta terhadap squidoo. Ternyata, usaha itu tidak sia-sia. Segalanya jadi lebih mudah jika sudah biasa.

Untuk mendapatkan idea bagi lens yang pertama memakan masa hampir seminggu.Oleh kerana otak saya blank seperti blanket pada ketika itu, apa yang saya lakukan adalah saya rujuk kat Top 10 Lens of The Month spt di bawah;

Jika kamu sudah mempunyai akaun squidoo kamu sendiri, kamu akan dpt melihat gambar diatas di bahagian bawah Dashboard kamu. Sebenarnya, kebanyakan penggiat squidoo gemar membuat lens yang berbentuk landing page atau squeeze page.

Squeeze page adalah lens yang kamu buat khusus untuk menjual barang atau perkhidmatan seperti sewa DVD. Squeeze page adalah lens yang agak mudah untuk dibuat kerana kamu boleh memilih untuk tidak perlu mengarang apa-apa kecuali sedikit welcoming statement untuk 'Introduction' lens kamu. Selebihnya, cuma pilih module-module yang telah tersedia ada. Seperti contoh module Amazon atau eBay. Seperti salah satu contoh di sini. Untuk squeeze page lens ini, kamu juga boleh memilih untuk tidak membuat blog. Ia juga dikenali sebagai 1-way-link page.

Tetapi, untuk landing page pula, kamu perlu untuk ada blog kerana squidoo hanyalah tempat untuk kamu review apa sahaja produk yang kamu jual atau perkhidmatan yang kamu sediakan di blog kamu. ini lebih dikenali sebagai 2-way-link-page atau boleh juga dikenali sebagai 3-way-link page, jika kamu mempunyai satu lagi affiliate link di blog kamu. Cara ini amat berkesan untuk mempromote blog kamu kerana squidoo tersangatlah SEO friendly. Tag yang kamu letak perlu bersesuaian, sila ikuti tips utk tag di sini.

0 comments for this post