Tahniah Dr Mahathir! Dulu, Kini dan Selamanya..

By zGreat on Friday, May 30, 2008

Filed Under:

Dr Mahathir Mohamad: THE MILLIONAIRE CLUB

Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada bekas PM kita Dr Mahathir Mohamad kerana berjaya menarik lebih sejuta orang pengunjung ke blog beliau. Di saat post ini ditulis jumlah pengunjung ialah seramai 1,047,558 orang!

Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah rakyat Malaysia memang merindui ucapan dan kata-kata amanat dari Tun. Teguran-teguran yang Tun utarakan terhadap pentadbiran kerajaan masa kini memang ada benarnya. Kami memang memerlukan seseorang yang dapat menegur akan kesilapan dan keburukan yang dilakukan oleh kerajaan pemerintah sekarang. Memang pelik apabila melihat pembangkang-pembangkang bersungguh-sungguh menzahirkan sokongan terhadap kerajaan sekarang. Sesuatu yang tak pernah saya lihat sepanjang hidup saya di Malaysia.

Untuk pengetahuan Tun, kebanyakan bloggers dari Malaysia melibatkan diri dalam perniagaan internet, selain blog-blog politik dan pelbagai lagi kategori blog yang ada. Pendapatan yang diperolehi dari internet bolehlah diibaratkan sebagai pendapatan tambahan (sebelum Pak Lah jadi PM), tapi sekarang ia menjadi sumber menampung kenaikan harga barang! Yang peliknya, selepas pilihan raya makin banyak pulak barang yang naik. Gaji tak naik, kecuali bagi kakitangan kerajaan.

Kenaikan harga barang sekarang menyebabkan rakyat sengsara! Ramai yang buat part-time, buat 2 kerja sehari. Pagi kerja kilang malam jadi guard sekolah. Siapa yang pandai komputer dan internet sibuk cari pendapatan online. Tapi yang penting jangan sampai kena tipu!

Saya harap Tun teruskan perjuangan Tun untuk "membetulkan" kerajaan yang ada sekarang. Lagi cepat LAGI BAGUS.

0 comments for this post