Salam sejahtera,
Hari nie kita akan belajar cara nak promote kita punyer Squidoo Lens. Promosi merupakan aspek yang penting supaya barang-barang yang kita promote kat Squidoo Lens akan terjual dan seterusnya akan generate income online untuk kita.
Part 1 Squidoo Promotion yang akan saya kongsikan di sini ialah dengan menggunakan video YouTube.
Memang benar bahawa Squidoo telah menyediakan 40 tags untuk kita isikan dengan keyword-keyword yang berkaitan dengan lens kita. Akan tetapi, 40 tags tersebut tidak dapat memastikan bahwa squidoo lens kita akan tersenarai di front page search engine seperti Google dan Yahoo!
Saya juga akan menyentuh mengenai perbezaan yang ketara di antara Google dan Yahoo! Yang mana lebih menguntungkan kita sebagai squidoo lensmaster.
Kita akan menggunakan contoh video YouTube - Hot Cell Phone : LG enV COOL Faceplates. Video ini hanyalah slide show (dlm erti kata yg sebenar) yang saya reka untuk lens LG enV VX9900. Keyword yang saya gunakan ialah lg env faceplates (sebab mat salleh tak panggil housing)
Berikut ialah result dari search engine pada 13 April 2008.
Yahoo search - no. 1
Google search - no. 3
Ramai orang kata kalau tersenarai di front page Google - pendapatan website/squidoo lens akan meningkat hasil daripada jumlah pengguna yang ramai. Biar saya buktikan sebaliknya...
Berikut ialah jumlah visitor ke Hot Cell Phone : LG enV faceplates
Mengapa visitor dari Yahoo lebih ramai dari Google? Soalan yang menarik..
Jawapan : Dengan merujuk dari 2 gambar pertama di atas, anda akan lihat bahawa video youtube saya tidak bersaing dengan mana-mana sponsored link di Yahoo!, tetapi di Google saya terpaksa bersaing dengan 8 sponsored link dan 2 website yang pertama.
Mungkinkah kadar visitor ke squidoo lens saya akan meningkat jika tiada sponsored link di Google?
Berdasarkan result yang ada seperti yg ditunjukkan dalam gambar yg ketiga tadi, besar kemungkinan jumlah visitor akan meningkat.
Berbalik kepada soalan yg mana lebih menguntungkan, Yahoo atau Google?
Jawapannya - Yahoo!
Sedikit info mengenai LG env squidoo lens dan YouTube video
Squidoo Lens - Created on 9 July 2007
YouTube video - Added on 23 October 2007
Rujuk gambar di bawah dan lihat pertumbuhan income online saya dari lens tersebut selepas bulan October.
Ok lah semua..kita sambung sembang lain kali. Jgn lupa buat video anda sendiri. Selamat maju jaya!
|
0 comments for this post