Squidoo Lens Promotions Part 2 (sambungan - buat duit online)

By zGreat on Friday, May 16, 2008

Filed Under:


Pada post yang lepas saya ada sentuh pasal promosi squidoo lens guna blog, hari nie saya detailkan sikit camner nak buat (seperti yang saya buat)...


Soalan : Antara blog dan squidoo, yg mana kena buat dulu ?

Jawapan :
Blog. Jadikan blog sebagai kita punyer base. Saya ambil contoh blog saya HotCellPhone. Blog ini saya buat untuk post pasal cell phone, cell phone accessories dan apa-apa yang berkaitan dengan cell phone. Buat review (copy paste je dari amazon) ke, atau apa-apa yang sepatutnya.

Pastu, kita buat squidoo lens untuk setiap produk yang kita review kat blog. Kita boleh buat squidoo lens yang spesifik ikut jenama atau jenis barang. Selepas kita review atau recommend sesuatu barang kita letaklah link ke sqidoo lens tadi.


Soalan : Saya dah ada squidoo lens, macam mana?

Jawapan :
Tak kisah, anda buatlah blog untuk squidoo lens tersebut. Saya cadangkan supaya anda buat tajuk blog yang umum dan tidak terlalu spesifik seperti tajuk squidoo lens anda tadi. Yang penting, antara blog dan squidoo lens tadi ada kaitan. Katakan anda telah membina satu squidoo lens menjual peralatan menyelam (scuba diving), anda bolehlah buat blog Welcome to Malaysia, Travelling dan lain-lain lagi.


Soalan : Kelebihan mempunyai blog ?

Jawapan :
Tujuan utama ialah promosi squidoo lens kita. Tanpa promosi memang payah nak dapat visitor, apatah lagi nak dapat sale. Blog lebih senang nak promosi sebab ada banyak blog community dan social bookmarking yang boleh kita guna. Setiap tajuk post yang ada pada blog mempunyai url address yang berbeza-berbeza, so bolehlah kita bookmark beribu-ribu kali dari satu blog (tapi url yg berlainan).

Kedua, dengan adanya blog tadi idea-idea akan mudah berkembang. Takdelah kita terperap je dengan satu idea. Katakan anda ada blog Welcome to Malaysia tadi, selain jual peralatan menyelam apa lagi produk yang boleh anda jual? Anda boleh jual travelling insurance (affiliate), beg atau bagasi (ada kat Amazon), cermin mata hitam (kat ebay banyak), jual map Malaysia ke atau peta Kuala Lumpur (scan je Rapid KL punyer!). Produk-produk ini anda kumpulkan dalam satu blog tadi barulah meriah sikit. Banyak yang anda boleh offer kepada pengunjung blog anda.

Ketiga, dengan adanya blog kita boleh jana income online selain daripada Squidoo. Cara paling senang ialah guna Google Adsense. Letakkan iklan Google kat blog anda tadi. Jika visitor tak beli produk anda (squidoo) mungkin dia akan klik iklan Adsense yang ada kat blog tadi. Ok lah tu, dari tak dapat apa-apa.

Sekian untuk kali ini.

Tips : Buat Squidoo Lens yang spesifik untuk sesuatu tajuk supaya mudah sikit nak dapat front page search engine. Senanglah sikit nak buat duit online...hehehe

1 comments for this post

good info. i will follow this tips

Posted on July 21, 2009 at 10:39 PM