Monsun-biz.com di mana silapnya?

By zGreat on Friday, May 09, 2008

Filed Under:

Anda dah join Monsun-biz.com? Bercadang nak join Monsun?
Fikir dulu 1,000,000.00 kali....
Sebelum anda bercadang menyertai program tersebut saya sarankan supaya anda amatilah pandangan-pandangan dari usahawan internet di negara kita nie..
1. Kita lihat dulu pandangan saudara Shamsuriyadi mengenai MIRSB -Monsun Biz,Callcenter,Payment Gateway,Bossmailer

salah satu komen yang saya ambil dari website beliau ...
"Ibu -SA on April 29th, 2008 11:38 am
ASKM, Bila dah baca komen dari semua saya rasa sah saya ditipu.Saya ingin memanggil semua landlord yang mempunyai masaalah kewangan seperti terpaksa meminjam, berhenti kera, terdesak dan memerlukan wang untuk perbelanjaan harian, kita sama-sama membuat laporan polis dan menuntut duit pendahuluan yang telahpun kita bayar. Saya harap Pn. Nora tidak sekejam itu membiarkan kita terpingga-pingga. Biarlah orang yang arif sahaja yang teruskan .
Ibu merupakan antara orang terawal yang membuat bayaran. Rupanya ibu dan kawan-kawan lain yang agak berusia BUKAN tergolong dalam kategori orang yg boleh terjun ke arena bisnes ini. Team MIRSB patut tahu apakah kriteria yg perlu ada pd seseorang yg boleh join bisnes ini. Ibu pun faham wang datang RM 100 ribu sehari ( spt yg diwar-war dalam seminar, Sah duit orang bayar pendahuluan tu) menyebabkan kamu semua kelabu mata dan tak dapat nak bezakan Halal dan Haram lagi. Ya, Ibu tak terfikir manusia sanggup lakukan perbuatan ini. ( Sedih kerana anak-anak turut didedahkan dengan penipuan ini) Ibu tidak berminat lagi.
Ibu inginkan duit Ibu RM10,000 yang Ibu bayar secara tunai. ( Duit insuran pendidikan anak, selepas 21 tahun dibayar secara potongan gaji sebaik habis pantang)TOLONGLAH PULANGKAN sebelum ibu mendapat ID dari pihak Mobile 88. ( dah dijanji 2bulan dulu). Biarlah Ibu tak jadi jutawan pun tak apalah asalkan ibu perolehi kehidupan yang tenang dan tenteram. Itu yang penting dan apa yang dicari oleh semua orang.
Mungkin Allah tidak membenarkan Ibu turut serta didalam bisnes yang haram ini agaknya. ( Contohnya bisnes kuiz SMS, Pelajar sekolah hantar SMS dgn harapan akan menang kereta, telefon, komputer ttp akhirnya hanya 3 -4 orang yg menang. ( Kalau menang. Yang ada tu tutup terus contest dek kerana tak balik modal. Iklan saja RM 1008 dan yang hantar SMS duk ada 20 orang, Tetapi mereka mengharap) Ya Allah sanggup ke kita makan duit pelajar tadi. Ibu menangis apabila Ibu diberi kesedaran ini. Duit ini TAK HALAL sayang….) Allah laknat kita. Tak kita anak-anak kita juga kerana kita beri mereka makan duit itu.Jadi marilah kita bertindak sekarang."
2. Seterusnya, kita tambah lagi perbincangan mengenai Monsun dari website saudara Mohd Ismail. Tak silap saya, post dari website ni merupakan post pertama seluruh Malaysia yang mengatakan bahawa Monsun Biz adalah scam — sila jangan tertipu
Salah satu komen yang saya ambil...
Comment by syiown 2008-04-15 03:34:57

"Salam semua nak kongsi pengalaman aku pada malam pelancaran monsun di KL bln 2 lepas...

Hanya 300 Landlord Diperlukan! Pinjawan 50k diberikan pada malam pelancaran blah laaaaaaa semua nih tipu belaka aku dari perlis mencanak g sana last2 minit plan sebab nk cekau 50k tuh bertolak pagi2 sampai dah nk senja leh lak dia cakap kena pakai hawaian style jenuh aku cari kat Sogo hampeh betul sampai sana manusia mak aaaaaaaaaaaaaaiiiiiiii penuh dewan tuh lebey dari 2ribu orang masa dalam phone cakap hanya yang dipanggil sahaja hadir nih segala mak nenek mak bapak tok wan adik beradik semua datang dah la kena berbaris nak daftar kehadiran huuhu dlm aircond pun berpeluh beb pa y aku nampak ramai org y buta IT dlm tuh aku terus ambik seat malas nak daftar2 dah then y dok beratur lebey dri sejam dipanggil masuk tanpa daftar sb dah lewat sgt (tak organize langsung) meja aku dekat ngan pintu sambil dok dgr nora dok tipu aku borak ngan org kiri kanan aku sorg tuh nama jeff dia dah bayar 5k kot kalu tak silap nk ambik pakage y 10k dia da gak ngadu kata 300org jek y terpilih nih dah lebey 2k manusia.
dlm dok borak tuh aku cuba nk siasat pa la produk nora tuh sampai cite nagis atas pentas tuh then baru la dia bgtau natang pa la monsun tuh huhuhu lama betul aku tunggu sambil dgr aku bgtau jeff if produk bossmailer xkn sampai riban2 n if produk sms tuh aku rase saudara danial lebey arif. jeff pun kata dia pening ngan staff mirsb kat sunway ckp lain kat phone ckp lain.

tah la aku actually awal2 berbangga gak da org melayu y master dlm biz tenet n cuba nk tolong bangsa sendiri tp bila aku balik bukak web monsun sedey gak la cam melepas batuk kat tangga ja just buat web tuh sbg bukti kata projek nih dh nak run dulu dia cakap awal bln3 dh beroperasi n pertengahan bln3 da realiti tv pasal mirsb tolong org buat biz tp nih dah nk ujung bln4 web tuh cam xda pape pun.

tuk y ambik pinjaman tekun under mirsb hati2 takut tak terbayar kita aku pun da apply dia cakap lulus 10k tapi sampai ari ni tak dengar sebarang berita nasib baik tak sign mou or pape agreement risau gak pinjaman dpt tp xtau kemana duit tuh.

lagi satu if saudara saudari rajin baca metro teliti iklan mereka kekadang da cam tak logik dalam harga pakage mereka seperti pakage 50k cash center dpt 3 unit sistem call centre 1 unit payment gateway 1 unit sistem bossmailer cuba semak ngan pakage lain if anda semua bijak adakah anda nk keluar 50k tuk semua sistem tersebut atau ambik 2 pakage call center y mana mendapat lebey produk dengan kurang wang.

kepada sesiapa y byk sangat duit tak tau nak buat apa meh labur kat aku kita buat pertanian n penternakan hehehehe."

Komen saya pulak :

promosi pertama yg diaorg buat - 300 org shj. bila dah dpt 300 org diaorg carik lg 300 org…ini untuk Landlord sahaja. aku duk pikir apa akan jadik kpd Supermarket, Mini Market dan Kiosk (yg kurang diberi perhatian) mesti payah nak carik customer.

Nak tolong IKS promote produk ke luar negara? berapa banyak IKS ada kat Malaysia? 1 juta? 600 Landlord x 20,000 lot panel = 12 juta! campur pakej yg lain lagi…berapa juta? yg pasti, Landlord dan pakej-pakej lain kena rajin cari SME yg seciput ni dan bersaing sesama sendiri. akhirnya, anggaran pendapatan sebanyak RM 1 juta sebulan bagi Landlord BERKEMUNGKINAN MUSTAHIL! (kecuali TEKUN - yg akan mewajibkan setiap usahawan yg meminjam dibawahnya bayar RM 50 sebulan)

adalah lebih baik monsun ikut konsep ebay. caj hanya dikenakan apabila customer berjaya buat sale..mungkin lebih ramai org yg akan join. yuran utk jadik ebay seller pun bukannye mahal sgt. bayar fee sebelum ada sale? customer pikir dulu 30 juta kali.

website tak menarik - alasan sebab masih baru dlm perniagaan IT saya rasa tak boleh diterima langsung. mengapa tak buat kajian terlebih dahulu dari website yg dah terkenal (website design, cara operasi, bayaran, promosi dll) mungkin perkara ni sedang diselesaikan oleh MIRSB, sebab tu website tgh upgrade sekarang!

publisiti berlebihan - mengakibatkan ramai yg buta IT pun nak join. kesian pun ada bila diaorg tanya berbagai-bagai soalan, yg kemudiannya tak dijawab dengan elok. staff macam nak marah-marah pulak. pada saya, memang patut pun diaorg tanya banyak-banyak. RM 50 ribu tu!

pengiklanan lebih menjurus kepada berapa JUMLAH RM yg anda AKAN dapat berbanding maklumat produk, kelebihan produk, apa keistimewaan produk berbanding produk lain dlm pasaran. jenis pengiklanan seperti ini tak ubah seperti iklan-iklan direct selling yg pernah aku tgk. takpelah, mungkin dengan cara ini akan ramai orang berminat. janji bayar iklan mesti Harian Metro suka!

bagaimana MIRSB nak promote Monsun online? ini perkara yg perlu MIRSB pikirkan. tak kan jual sistem jer kot? adakah Landlord dan peserta pakej lain perlu mempromosikan Monsun bg pihak MIRSB? Peserta Pakej sudah tentu akan promote dengan tujuan mencari penyewa-penyewa lot panel bukannya pembeli-pembeli produk di dalam panel Monsun. jika begini halnya, tak terjuallah produk-produk IKS tadi. kesian….

akhir kata, kepada sesiapa yg dah join…sila lah bekerja keras dari sekarang memenuhkan lot panel anda! sediakan checklist yg lengkap IKS dan usahawan yg boleh di approach untuk beriklan di Monsun. Penting juga diingatkan di sini, anda kena pastikan yg mereka akan sanggup beriklan dengan anda untuk bulan depan, tulat dan seterusnya. barulah dapat steady income!

2 comments for this post

dah macam2 komen dan keluhan yg aku dengar tentang monsun ni...ada landlord yg dah x bleh tahan lagi, sebab dah tunggu lama sangat utk dapatkan hak dorang...sampai skrang pun x leh nak guna payment gateway, bossmailer dll. apa tindakan selanjutnya yg dorang nak ambil, walallahuallam...tunggu dan lihat je lah. Aku nak rekomen korang kat website ni www.riledz.com ,cuba bandingkan dengan monsun..

Posted on May 24, 2008 at 5:05 PM  

aku cadangkan agar mereka yang join program nie supaya cepat-cepat buat report polis. sebab jual produk tak siap - MENIPU

Posted on May 30, 2008 at 11:59 PM